Kata-kata Aluan

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

Encik Zulkifli Bin Daud

General Manager

Dalam menyahut satu era pembangunan perniagaan, di sini saya memaparkan satu ruang perniagaan yang membawa ke arah kemajuan kepada usahawan-usahawan muda khusus bagi menambahkan pendapatan serta membangunkan diri dalam dunia perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Rentetan itu, BudiHerbs menyediakan strategi perniagaan yang mudah dan efektif sesuai kepada semua lapisan masyarakat. Kami amat berharap menerusi  program ini dapat membantu dan menjana pendapatan sampingan yang luar biasa.
   
 

En. Arif Husaini Bin Hamdan

Operation Manager

Satu perniagaan yang kami usulkan kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum. Dengan menampilkan satu jenama yang telah matang, namun baru kini dipasarkan secara besar-besaran  di seluruh Malaysia. Kami menampilkan satu produk yang boleh mendatangkan hasil pendapatan di samping itu dapat menjana kesempurnaan kesihatan keluarga. Peluang ini diberi kepada semua lapisan masyarakat untuk menonjolkan diri pada peringkat awal khusus kepada mereka yang minat tentang usahawan. Di antara tujuan program ini ialah menyokong salah satu saranan-saranan daripada kementerian-kementerian iaitu membangunkan industri kecil di kawasan bandar dan luar bandar. Marilah kita sama-sama mengenali dan mengambil pendekatan terhadap produk baru ini demi menyempurnakan pembentukan keluarga yang sihat, bahagia dan berjaya.
   

 

En. ‘Azwan Bin Ab. Rahman

Marketing Manager

BudiHerbs merupakan satu perniagaan yang baru diperkenalkan tetapi telah lama diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 25 tahun yang lalu. Di atas keseriusan kami menghasilkan satu jenama yang terbaik seiring dengan syarikat-syarikat luar, kini kami pasarkan BudiHerbs ke seluruh tanah air kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum bagi membantu mengatasi permasalahan-permasalahan di tahap permulaan, pertengahan dan kronik. Kami amat komited dalam menyediakan produk untuk kegunaan, kesempurnaan dan penjagaan kesihatan secara keseluruhan seperti usaha-usaha yang dilakukan oleh syarikat-syarikat tempatan yang lain.
   

 

Pn Norayati Binti Ahmad

Programmer

BudiHerbs bergerak aktif sepanjang penubuhan perniagaan di kawasan luar bandar dan bandar tanah air. Kami merancang sesuatu perniagaan yang mempunyai manfaat kepada masyarakat iaitu membantu menyelesaikan permasalahan penyakit kronik atau sukar diubati. Di samping itu, kami juga menjalankan pelbagai program keusahawanan terutamanya dalam kalangan usahawan muda. Kami sedar golongan muda amat berpotensi dalam meningkatkan kemajuan industri herba negara kerana golongan ini mempunyai daya pemikiran yang aktif, kreatif dan berdaya saing. Diharap, golongan muda yang mempunyai minat dalam perniagaan tidak ketinggalan untuk menyertai kami dalam pelbagai program yang menarik serta bermanfaat pada masa-masa akan datang.

 

Facebook ()

Mengenai kami

About Us


 

 

 

 

Sekapur sireh daripada BudiHerbs.

BudiHerbs mengeluarkan produk kesihatan berasaskan 100% herba terpilih yang diyakini mampu memberikan kesan positif dan mambantu dalam merawat penyakit-penyakit ringan atau kronik.

Pengasas BudiHerbs adalah Dr. (H.S.M) Mohd Badri Bin Rason yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam rawatan alternatif menggunakan herba. Sebelum ini BudiHerbs dikenali sebagai Pusat Rawatan Budi yang bergiat aktif di kawasan Muar Johor dan sekitarnya. Syukur kepada Tuhan, dengan izinNya, mereka yang mengidap penyakit ringan dan kronik telah berjaya diubati melalui produk kami dan masih setia menggunakannya sehingga ke saat ini untuk tujuan mengekalkan kesihatan yang unggul.

Setelah pelbagai kajian dan pengalaman yang kami lalui untuk menghasilkan ramuan herba yang terbaik, kini kami dengan sukacita memperkenalkan produk kesihatan Budiherb secara komersial kepada masyarakat. Prinsip utama BudiHerbs adalah BERBUDI membantu masyarakat dengan menyediakan produk kesihatan herba tempatan yang terbaik dan juga menjalankan rawatan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai permasalahan agar kembali ceria dalam menikmati kehidupan seperti sedia kala. Insha Allah.  
 

USAH LARUT DALAM KESEDIHAN YANG BERPANJANGAN…

 

Tweet Terkini