Info Budi Herbs

Tahukah anda?

1.   Herba merupakan satu mahkota yang hampir lupus ditinggal zaman sedangkan keupayaan herba dalam mengatasi pelbagai penyakit amat terbukti sejak dari dulu lagi.
2.   Seluruh tubuh badan manusia memerlukan herba untuk membekalkan khasiat-khasiat yang amat penting kepada kesihatan manusia.
3.   Arus kemodenan telah membawa gaya amalan pemakanan manusia menjadi lebih berbahaya.  Sehingga manusia alpa dan sukar menjamah herba dalam tempoh yang agak lama.
4.   Herba bukan sesuatu yang harus dicari ketika sakit tetapi herba adalah sesuatu yang harus diamalkan ketika sihat.
5.   Ramuan ubatan herba 100% sudah pasti merawat penyakit dalam tempoh yang agak perlahan berbanding ramuan ubatan moden kerana tiada campuran bahan lain.
6.   Namun demikian, ramuan herba bertindak lebih proaktif bagi menyuburkan kesihatan, mencegah penyakit dan memberikan kesegaran tubuh badan yang berpanjangan.
7.   Rantau Nusantara adalah rantau yang kaya dengan tumbuhan herba pelbagai khasiat sehinggakan satu tumbuhan herba mampu merawat hampir 5-10 jenis penyakit  sekaligus.
8.   Kebanyakan para penyelidik dan doktor perubatan diseluruh dunia tidak menolak keupayaan herba malah sering mengkaji berkenaan kesedaran manusia terhadap kepentingan herba sebagai sumber  kesihatan.
     
Berikut adalah dapatan hasil kajian para penyelidik sejak dari tahun 1980-an berkenaan dengan herba:-

 

Sumber Kesihatan

Syed Jamaluddin (1983) dalam buku karangan  mengatakan bahawa tumbuh-tumbuhan yang dikesan mempunyai nilai-nilai perubatan di kalangan orang Melayu adalah terdiri daripada keluarga angiosperma (tumbuhan berbunga), leguminosea (kacang pis), rubiacoae (kumpulan pokok berbunga yang terdiri daripada pokok kuinin, mitchella, gambir, gambir sarawak, ixora dan noni), euphorbiacoae (kumpulan tumbuhan yang hidup di darat dan mempunyai rasa yang pahit), rutacaea (sejenis tumbuhan yang pahit dan boleh dibuat ubat) dan lauraceau.

Zhari dan Norhayati (1995), mendapati antara kemajuan ubat-ubatan Melayu tradisional ini ialah adanya penawar atau antidot untuk beberapa jenis kes keracunan. Terdapat bahan-bahan untuk merangsangkan muntah (emetik) yang digunakan oleh para pengamal atau pakar perubatan Melayu sejak dahulu dan kini dalam perubatan barat moden.

Mohd. Koharuddin (2003) menemukan bahawa kitab Taj-Ul-Muluk mengamdungi 500 muka surat dan mempunyai 147 fasal. Terdapat fasal yang menerangkan pengetahuan pengubatan, cara berhubung dengan ilmu sihir dan kaedah atau ritual perubatan. Pada waktu itu masyarakat Melayu hidup di kawasan hutan dan kehidupannya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan flora dan fauna. Maka flora dan fauna dijadikan sebagai penawar penyakit yang dihidapi pada waktu itu. Penawar ini dikenali sebagai akar kayu. Orang Melayu amat mempercayai bahawa akar kayu mempunyai khasiat yang tinggi dan mampu mengubati penyakit.  Kajiannya juga, menemukan terdapat lebih kurang 6000 sehingga 7000 akar kayu yang boleh digunakan sebagai menyembuhkan penyakit. Masyarakat Melayu menjadikan budaya memakan ulam-ulaman dan minum rebusan akar kayu sebagai budaya dari mencegah penyakit.

Hamdan (2014) mendapati sekiranya tumbuh-tumbuhan semulajadi yang bebas daripada pencemaran ini digabungkan dengan kepandaian akal dan disiplin manusia dalam mencipta ubat-ubatan maka pasti  terhasil sesuatu ramuan ubat-ubatan yang pelbagai dan luar biasa seiring dengan perubatan moden.

 

Sumber Pendapatan

Abdul Aziz (2003) menyatakan bahawa daya penggerak utama bagi pertumbuhan herba industri di Malaysia adalah perubahan gaya hidup yang membahayakan kesihatan dan peningkatan kos dalam penyediaan ubat-ubat sintetik.

Murray (2011) bahawasanya keusahawanan herba di Malaysia akan menjadi salah satu kekuatan dalam penjanaan ekonomi dan berpotensi menjadi industri yang signifikan dalam industri pertanian di Malaysia.

Secara umumnya pasti sidang pembaca sudah memahami ketinggian mahkota herba dalam kehidupan. Usah ragu-ragu dengan pengamalan herba sebagai sumber kesihatan. Oleh itu, marilah kita memulakan kehidupan dengan lebih baik. Jadikanlah pemakanan herba sebagai amalan gaya hidup sihat sekaligus mencegah pelbagai penyakit kronik yang berbahaya. Wallahu a’lam.

 

 

Facebook ()

Mengenai kami

About Us


 

 

 

 

Sekapur sireh daripada BudiHerbs.

BudiHerbs mengeluarkan produk kesihatan berasaskan 100% herba terpilih yang diyakini mampu memberikan kesan positif dan mambantu dalam merawat penyakit-penyakit ringan atau kronik.

Pengasas BudiHerbs adalah Dr. (H.S.M) Mohd Badri Bin Rason yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam rawatan alternatif menggunakan herba. Sebelum ini BudiHerbs dikenali sebagai Pusat Rawatan Budi yang bergiat aktif di kawasan Muar Johor dan sekitarnya. Syukur kepada Tuhan, dengan izinNya, mereka yang mengidap penyakit ringan dan kronik telah berjaya diubati melalui produk kami dan masih setia menggunakannya sehingga ke saat ini untuk tujuan mengekalkan kesihatan yang unggul.

Setelah pelbagai kajian dan pengalaman yang kami lalui untuk menghasilkan ramuan herba yang terbaik, kini kami dengan sukacita memperkenalkan produk kesihatan Budiherb secara komersial kepada masyarakat. Prinsip utama BudiHerbs adalah BERBUDI membantu masyarakat dengan menyediakan produk kesihatan herba tempatan yang terbaik dan juga menjalankan rawatan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai permasalahan agar kembali ceria dalam menikmati kehidupan seperti sedia kala. Insha Allah.  
 

USAH LARUT DALAM KESEDIHAN YANG BERPANJANGAN…

 

Tweet Terkini